Jumaat, Disember 19, 2014
   
Text Size

Carian

Pelaksanaan Syariat Islam adalah suatu keutamaan

Perlu diberi penjelasan berkenaan dengan hukum Hudud dalam dewan, kerana ia sering dicemuh oleh golongan yang anti-Islam dan seringkali diberi gambaran yang salah dan mengelirukan dengan tujuan untuk menjadikan manusia liar dan liat dengan hukum Allah seluruhnya.

Sesungguhnya Syariat Islam itu adalah terbentuk berdasarkan tiga perkara yang sangat penting mengapa manusia dicipta. Maka untuk ketiga-tiga peranan itu Syariat Islam diwajibkan Allah kepada manusia supaya beramal dengannya, supaya tidak terpesong daripada peranan yang sebenar dan matlamat dalam pembangunan insan yang seutuhnya.
Ketiga-tiga itu ialah ibadah, yang kedua ialah khilafah (pemerintahan secara Islam) dan ketiga ialah amanah. Ibadah dengan makna menusia mestilah patuh kepada hukum Allah SWT secara mengabdikan diri sebagaimana makhluk-makhluk yang lain yang ada di alam ini samada di langit, bumi dan segala-galanya.

Cakerawala yang ada dilangit, metahari, bulan, bintang yang beredar mengikut ketentuan Illahi yang telah ditetapkan untuk mereka oleh Allah. Begitulah dengan makhluk yang lain yang ada di bumi dan manusia yang menjadi sebahagian daripada makhluk yang mempunyai undang-undang yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Antara undang-undang itu, yang diberi kata putus, dan diantara udang-undang itu selanjutnya yang diizinkan kepada manusia untuk mengkaji dengan akal mereka sendiri yang diberi oleh Allah SWT.

Yang kedua, peranan khilafah. Iaitu memerintah serta mentadbir bumi, mentadbir segala bidang, politik ekonomi dan lain-lain, mentadbir dengan keizinan daripada Allah SWT dengan undang-undang yang ditetapkan, samada undang-undang yang ditetapkan secara khusus atau dasar yang secara umum, manusia boleh berfikir dan meletakkan di bawah dasar umum itu menigkut kebijaksanaan yang diberi Allah kepada mereka.
 
Yang ketiga, peranan amanah. Islam telah meletakkan bahawa memimpin negara dan masyarakat sebahagian daripada amanah yang mesti ditunaikan. Amanah bukan sahaja dalam masalah menyimpan harta benda dan seumpamanya, ia termasuk juga amanah itu di dalam melaksanakan undang -undang yang diwajibkan oleh Allah SWT.

Ketiga-tiga prinsip ini tidak wujud dalam undang-undang ciptaan manusia, ia menyebabkan tidak dirasai satu tanggungjawab yang menyeluruh dan menguasai diri manusia sehingga ia sangat berbeza dengan syariat Islam, bukan sahaja dari segi prinsip tersebut, tetapi juga pendedahan kepada manusia.

Syariat Islam itu dibentangkan kepada seluruh tindakan manusia, zahir dan batin atau roh dan jasad. Berbeza dengan undang-undang ciptaan manusai dimana ia memberi perhatian hanya kepada sebahagian daripada amalan -amalan zahir, bukan kepada semua aspeknya, disamping tidak ada aspek roh yang menjadi sebahagian daripada naluri manusia.

Dalam hal ini, undang-undang Islam memberi penekanan dalam dua perkara yang penting, yang pertama dalam hubungan manusia dengan Tuhan yang menciptanya dan kedua hubungan manusia sesama manusia. Oleh itu maka ia membawa dua maslahat, iaitu maslahat dunia dan maslahat akhirat. Perkara ini bukan  sahaja dalam urusan ibadat, tetapi juga dalam urusan duniawi, dalam urusan muamalat, munakahat, jenayat dan lain-lain, contohnya dalam perkara jual -beli yang berkaitan dengan perniagaan.

Dalam perkara jenayah pula, seperti hukum qisas, hudud dan takzir merupakan hukum zahir, dosa pahala yang dikaitkan selepas kematian dan dibangkitkan semula pada hari akhirat merupakan hukuman yang menguasai roh, yang menguasai batin manusia itu.

Oleh itu dalam perkara yang berkait dengan jenayah, Islam telah mencegah perlakuannya melalui penguasaan hati dan roh dalam berhubungan beriman dengan Allah dan beribadat kepadaNya dan hukuman zahir melalui deraan- deraan yang dikenakan kepada jasad yang sama ada yang dinamakan qisas, hudud ataupun takzir seperti hukum bunuh, sebat penjara dan lain-lain lagi.

Oleh kerana penekanan dalam masalah undang-undang jenayah menjadi perbualan umum, suka dijelaskan sekali lagi untuk menjadi titik tolak perbincangan dalam dewan mengenainya diteruskan. Iaitu Islam telah membahagikan undang-undang jenayah itu kepada 3 bahagian:

Yang pertama : Qisas iaitulah hukuman balas yang setimpal dalam jenayah meluka atau mencederakan yang dinyatakan secara nas oleh Al-Quran dan As-Sunnah dalam perkara yang berkait dengan manusia.

Yang kedua : Hudud, iaitu hukuman yang dihadkan kadarnya oleh Syarak dalam jenayah yang dikaitkan dengan hak Allah, yang dimaksudkan ialah kepentingan umum dalam perkara yang berkaitan dengan kepentingan orang ramai atau masyarakat.

Yang ketiga : Takzir, iaitu berkaitan dalam perkara yang tidak dinaskan oleh Syarak, maka ia diserahkan kepada kebijaksanaan pemerintah untuk menentukan di atas prinsip amar makruf dan nahi mungkar dan menjaga kepentingan agama dan dunia dengan seadil-adilnya.

Oleh kerana kita tidak mahu menumpukan penjelasan berkenaan dengan hukum hudud, disebabkan desakan yang memerlukan penjelasan, maka penjelasan secara ringkas perlu dilakukan, supaya gambaran undang-undang ini tidak berlaku sewenang-wenangnya.

Islam telah menetapkan syarat-syarat yang terlalu ketat berhubung dengan penyaksian dalam perkara ikrar, pengakuan kepada sesuatu kesalahan mestilah oleh orang yang berakal secara sukarela, bukan secara paksaan, dalam keadaan siuman, tidak mabuk atau gila.

Sementara orang yang berikrar pula boleh menarik balik, walaupun  ketika hukuman sedang dijalankan dan hukuman itu hendaklah diberhentikan. Mengikut undang-undang Islam, sekiranya seseorang itu disebat dan dengan sebab pengakuan kesalahan, ketika sedang disebat dia menarik balik pengakuannya, maka hukuman itu diberhentikan serta merta.

Oleh kerana itu, ketika hukuman dijalankan, pesalah tidak boleh diikat atau digari, begitu juga dalam perkara saksi, mestilah dari kalangan orang-orang yang layak, bukan sahaja pancaindera dan akal fikiran,tetapi juga akhlak-akhlak yang mulia iaitu tidak fasiq dengan melakukan dosa-dosa besar, kekal dengan dosa-dosa kecil dan melakuakn perkara yang boleh menjatuhkan maruah walaupun tidak haram.

Sebarang syarat kekurangan, syarat saksi ataupun menarik balik penyaksian, maka tuduhan digugurkan di mana para peguamdibenarkan untuk meneliti semua perkara ini, bukan sahaja para hakim.

(Sedutan ucapan Dato' Seri Tuan Guru Presiden dalam parlimen pada 2 dan 3 November 1992 yang dimuatkan dalam buku kecil bertajuk Antara Wawasan dan Jumud, yang diterbitkan oleh PAS kawasan Balik Pulau.)

Pembuka Kata

Kenyataan Media

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4

Video Terkini

Sebarkan

Facebook MySpace Twitter Digg Delicious Google Bookmarks RSS Feed 

E-mail PAS

Sedang Online

Kami ada 17 tetamu online